Wednesday, January 12, 2011

Salam Pembuka Kata 1 Malaysia

Sunyum2 Selalu
Assalamualaikum kepada semua blogger2 yang membaca. Hari ini 13 Januari 2011 sebuah blog telah lahir. Hahaha. Zaiem Syafiq Bin Mohd Zaman. Itu adalah nama yang diberi oleh ibu bapa ku kepada ku. Makna nama ku ini sangat cocok untuk diriku ini. Zaiem = Pemimpin dan Syafiq = Penyayang. Harap dapat la jadi seorang pemimpin yang penyayang suatu hari nanti. Mungkin bukan untuk negara tetapi untuk isteri & anak2 pada suatu hari nanti. Ini adalah pertama kali ku mencuba untuk menulis blog. InsyaALLAH ku akan update blog ku ini dari masa ke masa. Sedikit tentang diri ku. 2011 umur ku memasuki 22 tahun pada 22 Februari akan datang. 22 Februari = 22 tahun. Sekarang sedang bekerja di Pejabat RISDA Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baru setahun kerja. Banyak perkara & pengalaman yang belum dapat ku temu. Mempunyai 2 orang adik beradik. Zaiem juga namanya. Zaiem Syamil. Hidup ku ini boleh dikatakan simple sahaja. Pagi bangun pergi kerja. Petang balik kerja. Malam tidur. 5 hari seminggu. Esok Hari Keputeraan Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Jadi esok cuti. Bolehlah ku pulang ke kampung selepas waktu kerja. Rindu pada ummi, abah & adki ku di kampung. Tidak jauh dari sini. Cheras sahaja di Taman Damai Murni. Doakan supaya perjalanan ku selamat sehingga tiba. Sekian sahaja dari ku untuk masa ini. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment