Wednesday, June 19, 2013

Pengiraan Bayaran Fidyah Puasa Secara Ringkas

Pengiraan Bayaran Fidyah Puasa Secara Ringkas

Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib. 
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM............. 
 
Fidyah Tanpa Gandaan

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya. 
 
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63 
 
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan) 


Fidyah Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya : 
  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja. 
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya. 
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90 
 
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan) 



Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa 




Tuesday, May 28, 2013

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum kepada semua..

rasanya dah terlalu lama saya tidak post kt blog nie..
maklumlah, banyak sangat kerja yg nk disiapkan..
sebelum terlupa..
saya telah pon mendirikan rumahtangga pada februari tahun 2012 dan alhamdulillah kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 04 November 2012..
i'm a papa now!
seronok tak terkata la masa anak kami lahir ke dunia dengan selamat..
umur anak saya sekarang dah nak masuk 7 bulan..
dah semakin membesar n semakin sihat..

ini la antara gambar anak saya yang di beri nama Muhammad Azfar Huzaifah..
yang kembar tu bukan yea..

sampai di sini dulu yea..
insyaALLAH saya akan menulis lagi di blog saya nie..

Assalamualaikum.

Wednesday, August 3, 2011

Proton Saga BLM Owners' Club (PROSBOC) & Saga FL Owner Crew (SFLOWCREW)

Selepas aku membeli kereta Proton Saga Face Lift (FL) kaler Blue Rock
aku ter ingat satu club utk saga PROSBOC..
so aku pon join la club 2...
bayar just rm50 masa daftar n tahunan just rm20...
selang beberapa minggu pas daftar PROSBOC aku terdengar plak ada club khas utk Saga FL SFLOWCREW..
memg menari kedua2 club nie..
byk xtvt yg diadakan..
bley jugak ber kongsi idea & mengeratkan silaturrahim antara sesama crew..
sasiapa yang nk join boleh la buka
http://www.protonsagablm.com.my/
bley la jenguk dalam 2 kalo nk join...
x rugi join club nie..
pemilik Saga BLM, SE, FL sume bley join PROSBOC..

utk SFLOWCREW khas utk FL...
tp kena daftar PROSBOC dulu sebelum diserap masuk dalam SFLOWCREW..
tq..

Wednesday, January 19, 2011

Jalan - Jalan Makan Angin

Bosan la duk rumah bila cuti2 cmnie..sok nk pergi berkhelah sambil berBBQ...seronoknya...time gawat nie bley la kita join utk makan free...yahooo....tp xingat la nk pergi mana....AKU LUPA...AKU LUPA...!!!!Bosan la...huhuhu

Tuesday, January 18, 2011

Gelak Sakan 3 (Wasiat)

Satu hari Atoy yang tak sihat kerana demam sikit memanggil isteri dan semua anak duduk mengelilingi katilnya.
Atoy: “Duduk sini..abah nak bagi wasiat nih!”
Anak Atoy: “Waaaaa….! apa ni bah? main wasiat-wasiat ni ? Baru demam sikit jer tu..”
Atoy: “Takpelah, just wasiat.”
Isteri Atoy: “Ok.! ok..! Apa wasiatnya bang..?”

Atoy: “Tanah di belah kanan dan kiri rumah kita jangan dijual…..Juga tanah yang dibelakang tu….Sesekali korang jangan cuba nak jual..!”
Anak Atoy: “Kenapa bah?” (saspen)
Atoy: “Tu kan tanah orang lain, bukan tanah kita…. Mana boleh jual…!”
“Sobona eh, abah sajo jo hilang boring duk atas katil ni ha…huahuahua”

Himpunan Kata - Kata Motivasi















1. Bimbang Pada Perkara Yang Sepatutnya
Janganlah bimbang
hal-hal yang tidak dapat anda lakukan.
Bimbangkanlah perkara-perkara yang sepatutnya
boleh anda lakukan
tapi yang tidak akan anda lakukan.
Lihatlah,
Hampir semua masalah hidup kita
berasal dari hal-hal yang seharusnya
kita lakukan, tapi yang kita tangguh.
Dan lihatlah lebih jauh,
Walaupun kita sudah menyedarinya,
kita masih tetap gemar bertangguh…
Sampai bila ya..?

2. Hormati diri sendiri
Orang lain boleh saja
memandang rendah kepada anda sekarang,
tapi anda – tidak boleh.
Jadi orang pertama yang
menghormati diri anda sendiri.
Kebesaran yang mungkin anda capai
sangat bergantung kepada besarnya
hormat yang anda berikan kepada diri sendiri.
Kerana dengan itulah,
Tuhan Yang Maha Besar
menyesuaikan hormatNya kepada anda.
Jika anda layak untuk untuk menjadi raja,
Anda akan dijadikanNya
3. Anda optimis atau pesimis?
Seorang yang optimis
hanya punya satu kebimbangan,
iaitu dia tidak cukup menyiapkan diri
bagi cabaran yang lebih besar
di masa depan.
Sedangkan seorang yang pesimis
mempunyai lebih banyak alasan
untuk berkecil hati,
bahkan mengenai perkara-perkara
yang sebenarnya berpotensi lebih baik.
Anda mungkin tidak tahu
apakah anda optimis atau tidak,
tetapi jika wajah anda ceria
dan tubuh anda cergas dan bersemangat,
Anda seorang optimis.
4. Saling membantu
Seorang ayah meminta anak kecilnya
mengalih pokok kecil yang tumbang
Si anak mengeluh bahawa dia tak mungkin kuat
Ayah memaksa
Anak mencuba, gagal, mengeluh
Ayah memaksa lagi
Anak cuba lagi, lalu menyerah
Anakku, sudahkah kau gunakan semua kekuatanmu?
Sudah!
Belum. Anda belum minta tolong ayah
Maka,
Jadilah peribadi yang saling membantu
dan berdoalah agar engkau mudah dibantu Tuhan.

Monday, January 17, 2011

Bagai Mencurah Air ke Daun Keladi

Rasanya semua orang biasa dengar peribahasa nie. Masa sekolah pun ada ajar rasanya. Bagai mencurah air ke daun keladi = manusia yang kalis nasihat. Lebih kurang camtu la maksudnya. Kt ofis saya nie pun ada manusia juga lah yang jenis camni. Kita bagi nasihat tak nak dengar. Bile dh terkono pun masih tak nak berubah & dengar nasihat orang lain sampai pada satu tahap yang membuatkan orang lain naik menyampah dengan manusia jenis ini. So last2 manusia yang berjenis ini akan beransur2 kehilangan teman @ rakan2. Dah naik berbuih dah mulut orang nasihat tapi bagai mencurah air ke daun keladi. Macam mana kita nak buat supaya manusia jenis ini dapat menerima nasihat orang lain? Sama2lah kita merenung.

Teka - Teki 2

Boring la..
Nak bagi teka-teki lagi...

Binatang apa...?
Masa kecil tiada kaki hidup dalam air...
Bila besar sikit berkaki dua(2) dia menari...
Bila besar sikit lagi berkaki empat(4) dia berlari...
Binatang apa 2????

Tolong la berikan jawapan kepada ku.........

Hehehehe

Sunday, January 16, 2011

Al-Kisah Anak Saudara Ku

video
Saja nak cerita pasal anak2 saudara ku. Naufal & Naura. Diorang nie comel tp nakal. Ada satu video nie yang buat aku ketawa habis. Ceritanya cam nie. Diorang nie nk siap2 blek dr kenduri tahlil arwah mak uda aku. So ibu budak2 nie pergi la keluar jap just nk alih kereta letak dpn gate. Naufal nie pulak tersedar la ibu die nie dh xda. So Naufal pun menangis la sekuat2 hati. Ingatkan ibunya dh balik. Tengoklah video nie. Kesian Naufal & Naura. Hahahaha. Yang part last 2 Naufal lari pergi dapur pastu die jatuh tersungkur sebenarnya kat dapur 2 tp xdapat rakam. Kesian Naufal. Tp comel sangat. Hehehehe

Ebook Bimbingan Fardhu Ain Percuma

Sedang saya surf internet terjumpa la satu Ebook Bimbingan Fardhu Ain. Just guna excel jea. Cuba la Ebook ini. Ada link untuk download di bawah. Tolong hebahkan yea.

Ebook Percuma yang mengandungi hukum-hukum, penerangan detail Fardhu Ain yang seharusnya kita miliki sebagai simpanan dan rujukan. Walaupun perkara-perkara tersebut adalah perkara basic tetapi ramai juga antara kita yang terlupa . Tajuk-tajuk ebook ini seperti :
1-Taharah (BERSUCI)
2-Jenis-Jenis bersuci.
3-Istinjak
4-Hukum Qada Hajat
5-Hikmah Bersuci
6-Najis dan jenis-jenisnya
7-Jenis-jenis Air
8-Wudhu

9-Tayamum
10-Mandi Wajib & Sunat
11-Takrif Solat
12-Rukun Solat
13-Sunat Hai’ah & Ab’adh
14-Solat Berjemaah
15-Masbuq
16-Istikhlaf
17-Sujud Sahwi
18-Sujud Sajadah-Tilawah

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

*Tak perlu minta izin untuk share..

Teka - Teki 1

Pagi2 camni rasa nk uji la minda anda semua. Nk bagi teka teki la.
Hmmm...
Ada satu benda ajaib, warnanya hijau, hidupnya di atas, jatuh sahaja dia mati, jatuh sahaja dia mati, pe bendanya 2???

Gelak Sakan 2 (Makan Budak)

Atoy semasa berumur 4 tahun datang dekat kepada perempuan yang sedang mengandung semasa ke klinik bersama ibunya.
Dia ingin tahu dan bertanya wanita itu, “Mengapa perut mak cik besar sangat?
Apakah ada baby dalam perut mak cik?”
Wanita : “Ya adik.”
Kemudian Atoy, dengan wajah yang tak faham bertanya lagi “Apakah dia baby yang baik dan comel?”
Wanita itu berkata, “Oh,Insyallah…Baby dalam perut mak cik ni memangnya baik dan sangat comel.”
Atoy kelihatan semakin terkejut, dia bertanya lagi…
“Jadi kenapa mak cik memakannya?”

Kenduri Tahlil Untuk Arwah Mak Uda

Hari sabtu yang lepas saya dan family terdekat telah mengadakan satu kenduri tahlil untuk arwah mak uda saya yang telah pergi pada baru2 ini. Agak sedih dan sebak sebab tidak dapat menghadirkan diri pada hari arwah meninggal. Ramai juga yang hadir pada kenduri tahlil tersebut. Antaranya saudara mara dan juga kenalan rapat arwah.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami semua sudah penat bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk kenduri tersebut. tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga roh mak uda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah.

Thursday, January 13, 2011

Gelak Sakan 1


1. Burung mati dan Atoy.
Ajoi sedang berjalan-jalan dengan isterinya di tepi pantai.
Tiba-tiba, wife Atoy berkata, “Bang,bang… tengok, ada seekor burung mati…”
Atoy itu mendongak ke langit sambil berkata.. “Mana…?”
2. Uban nenek Atoy
Semasa kecil, Atoy menegur emaknya yang sedang melipat baju.
Atoy: ” Mak, kenapa rambut emak makin banyak beruban?”
Mak Atoy: “Setiap kali ajoi buat nakal, uban mak akan tumbuh sehelai, sebab tu makin banyak..”
Atoy diam, kemudian dia menyambung lagi
Atoy: Mak…
Mak Atoy: Ya..
Atoy : “Rambut nenek tu semuanya dah beruban kan?”
3. Atoy,Atoy,Atoy...
Seorang wanita ke Pejabat Pendidikan untuk memohon biasiswa pelajaran.
Wanita: “Tolonglah encik, anak saya ada sepuluh orang”
Pegawai: “Ok saya akan cuba, siapa nama anak-anak kakak?”
Wanita: “Atoy, Atoy , Atoy , Atoy, Atoy, Atoy, Atoy, Atoy, Atoy, dan Atoy.”
Pegawai: “Hah? Semua nama anak kakak sama? Akak tak pening ker?”
Wanita : “Oh tidak encik, malah makin senang kerja saya.”
Pegawai: “Contohnya?”
Wanita: kalau diaorang main luar, saya hanya panggil..Atoy masuk!, semua akan masuk. Kalau nak panggil diaorang semua makan, saya cuma cakap, Atoy makan! Semua anak saya akan datang ke meja makan!”
Pegawai: “Hmm, tapi macamana kalau kakak nak panggil seorang jer?”
Wanita: “Ah no problem encik, saya cuma memanggil nama bapa dioarang jer..”
Jeng jeng jeng.....

Senaman Mata

Jangan Sampai Jadi Begini

Melakukan latihan mata tidak hanya memperbaiki penglihatan, tetapi juga dapat mengurangi masalah yang disebabkan oleh ketegangan mata, seperti sakit kepala.
Senaman mata ini tidak memerlukan waktu yang lama serta dapat dilakukan hampir di mana saja.
Berikut 3 jenis latihan yang dapat menyihatkan mata :
1. 20-20-20Latihan 20-20-20 dapat membantu mata untuk lebih fokus dan rileks ketika sedang merasa tegang. Untuk melakukan latihan ini, Anda hanya perlu masa untuk melakukan perkara ini dalam masa 20 minit, contohnya melihat benda tertentu selama 20 minit.
Untuk setiap 20 minit lakukan tugas yang seragam seperti mengadap laptop, menjahit dan sebagainya kemudian ambil waktu 20 saat untuk melihat pada objek lain yang berjarak sekurangnya 20 kaki (6 meter) dari anda.
Perkara ini memungkinkan mata anda rileks dan fokus dalam jangka waktu singkat dan kembali ke aktiviti sebelumnya dengan penglihatan yang lebih jelas.
2. Memutar mata
Seperti juga dengan peregangan bahu atau kaki, memutarkan bola mata dapat membuat mata anda rileks kembali. Latihan ini memungkinkan peningkatan jumlah nutrision dan aliran oksigen ke kawasan mata.
Menurut Chinese Holistic Health Exercises, latihan memutar mata dapat dilakukan dengan posisi duduk atau berbaring. Buka mata dan putar searah jarum jam setidaknya 20 kali. Berkedip beberapa kali dan kemudian ulangi dengan memutar mata dengan arah yang berlawanan.
3. Jarak fokus
Latihan fokus pada jarak dapat memperbaiki dan membangun kembali penglihatan anda. Setelah sekian lama mata fokus pada objek dengan jarak dekat, seperti melihat komputer, television, dokumen atau objek-objek lain, luangkan waktu beberapa minit setiap hari untuk ke luar ruangan yang memungkinkan mata anda melihat dengan fokus pada objek yang jauh.
Untuk melakukan latihan ini, cari objek terjauh yang dapat anda lihat dan fokuslah pada objek tersebut. Biarkan mata anda merasakan perbedaan fokus jarak jauh dan dekat.

Musim Hujan

Awal tahun 2011 musim hujan masih belum reda. Banyak kawasan di negara kita ini dilanda dengan musibah. Yang terkini adalah banjir di sebelah pantai timur. Alhamdulillah keadaan sudah beransur pulih. Banyak juga magsa banjir telah dapat pulang ke rumah masing2. Sekolah2 pun telah banyak yang sudah dibuka semula untuk meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa. Sementara di kawasan yang lain, walaupun tidak banjir tetapi berlaku juga musibah seperti demam dan selesema yang berpanjangan. Saya adalah salah seorang darinya. Hahaha. Sudah seminggu saya selesema batuk serta sakit tekak akibat hujan yang kerap melanda. Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih setelah menelan segala ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Jagalah kesihatan anda semasa musim hujan ini. Kesihatan itu sangatlah penting. Jangan main hujan taw....

Wednesday, January 12, 2011

Salam Pembuka Kata 1 Malaysia

Sunyum2 Selalu
Assalamualaikum kepada semua blogger2 yang membaca. Hari ini 13 Januari 2011 sebuah blog telah lahir. Hahaha. Zaiem Syafiq Bin Mohd Zaman. Itu adalah nama yang diberi oleh ibu bapa ku kepada ku. Makna nama ku ini sangat cocok untuk diriku ini. Zaiem = Pemimpin dan Syafiq = Penyayang. Harap dapat la jadi seorang pemimpin yang penyayang suatu hari nanti. Mungkin bukan untuk negara tetapi untuk isteri & anak2 pada suatu hari nanti. Ini adalah pertama kali ku mencuba untuk menulis blog. InsyaALLAH ku akan update blog ku ini dari masa ke masa. Sedikit tentang diri ku. 2011 umur ku memasuki 22 tahun pada 22 Februari akan datang. 22 Februari = 22 tahun. Sekarang sedang bekerja di Pejabat RISDA Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baru setahun kerja. Banyak perkara & pengalaman yang belum dapat ku temu. Mempunyai 2 orang adik beradik. Zaiem juga namanya. Zaiem Syamil. Hidup ku ini boleh dikatakan simple sahaja. Pagi bangun pergi kerja. Petang balik kerja. Malam tidur. 5 hari seminggu. Esok Hari Keputeraan Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Jadi esok cuti. Bolehlah ku pulang ke kampung selepas waktu kerja. Rindu pada ummi, abah & adki ku di kampung. Tidak jauh dari sini. Cheras sahaja di Taman Damai Murni. Doakan supaya perjalanan ku selamat sehingga tiba. Sekian sahaja dari ku untuk masa ini. Assalamualaikum.